MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KT

YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Eksekutif KT yang berlangsung di Tingkat 5, Wisma Koperasi Tentera.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas di antara YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi Hj Salleh (Bersara) dengan En Mohd Ghazali Abbas. Majlis ini turut disaksikan secara langsung oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) melalui aplikasi dalam talian, Zoom.

Menyentuh mengenai profil En Mohd Ghazali Abbas, beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang audit dan pengurusan kewangan dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pernigaan dari York University, Toronto, Canada.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi perbankan dan kewangan di Malaysia, antaranya Bank Examiner di Bank Negara Malaysia, Pengurus Audit di Land & General Berhad, Ketua Audit Pelaburan Perbankan di Maybank dan Ketua Audit Dalaman di Bank Pembangunan.

Seluruh warga KT mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi Hj Salleh (Bersara) atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KT selama 15 tahun.

Administrator November 17, 2021
Share this post