“COFFEE TALK” BERSAMA SMEKT

Koperasi Tentera (KT) telah menganjurkan sesi “Coffee Talk” bersama SMEKT dalam usaha untuk memperkenalkan produk Pembiayaan Berjangka-i kepada pelanggan sasaran. Sesi secara santai ini memberikan peluang kepada pengusaha kecil, koperasi-koperasi dan persatuan perniagaan Malaysia yang hadir untuk berkongsi serta bertanya dengan lebih terbuka berkenaan produk yang ditawarkan KT.

Seramai 98 orang peserta dari pelbagai syarikat telah hadir untuk memeriahkan sesi pengenalan ini. En Mohd Ghazali Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif telah memberikan kata aluan untuk tetamu yang hadir. Seterusnya, sesi “Coffee Talk” telah diambi alih oleh En Eh Run Eh Noi, Ketua Perbankan Perniagaan untuk menerangkan dengan terperinci mengenai kelebihan produk, proses permohonan serta mengendalikan sesi soal jawab di akhir majlis.

Turut hadir En Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Operasi dan En Zulfikar Hasman Jamalkhir, Ketua Perbankan Pelanggan. Ini merupakan tahun kedua KT menganjurkan sesi pengenalan SMEKT bagi memberikan peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima maklumat dengan jelas berhubung produk yang ditawarkan.

Administrator November 21, 2022
Share this post