KOPERASI TENTERA ANJUR PROGRAM CAHAYA RAMADAN

15 & 22 April

Koperasi Tentera (KT) telah menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH. Program yang diberi nama Cahaya Ramadan ini merupakan aktiviti gotong-royong Sukarelawan KT bersama Petugas Masjid dalam menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk kepada aggota dan orang awam yang hadir menunaikan solat di Masjid Khalid Al-Walid. Program CSR ini melibatkan seramai 40 orang sukarelawan KT dan 20 orang petugas masjid.

Semua sukarelawan yang terlibat mula menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk seawal 8 pagi. Tim sukarelawan dan ahli jawatankuasa masjid bekerjasama menyediakan 10 buah kawah bubur lambuk sehari untuk diagihkan selesai solat jumaat.

Diharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan KT dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Program ini juga merupakan inisiatif KT dalam membantu menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggotanya.

Administrator November 12, 2022
Share this post