Koperasi Tentera (KT) telah menyertai Malaysia International Showcase (Mihas) yang dianjurkan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Penyertaan ini merupakan inisiatif KT untuk menyasarkan para PKS yang hadir bagi mempromosikan produk SMEKT iaitu Pembiayaan Berjangka-i serta Ar-RahnuKT.
Sepanjang pameran dijalankan, KT telah menerima seramai 138 pengunjung yang mempunyai potensi untuk melanggan produk yang ditawarkan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Mohd Mutafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.
MIHAS merupakan platform perniagaan yang disediakan kepada para Pengusaha Kecil & Sederhana (PKS) tempatan dan luar negara untuk berkembang maju dalam perdagangan Halal dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Halal global.