MINGGU BERSAMA KT

Koperasi Tentera (KT) telah menjayakan program tahunannya Minggu Bersama KT yang bertempat di Foyer Wisma Pertahanan. KT telah menerima lebih daripada 600 orang anggota KT dan bukan anggota hadir menggunakan perkhidmatan kauter yang disediakan.

Minggu Bersama KT ini merupakan salah satu inisiatif KT dalam memberikan kemudahan perkhidmatan kepada anggota secara terus terutamanya berkaitan pembiayaan, insurans, keanggotaan dan Ar-Rahnu di samping menggalakkan keanggotaan baharu dari warga awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Turut hadir, Laksda Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Ruzelme Hj Ahmad Fahimy, AKS SM MTL merangkap Anggota Lembaga Koperasi; Mej Jen Dato’ Zainal Abdul Manaf TUDM (AKS Materiel); Mej Jen Dato’ Zaidan Atan (AKS OLP); Kol Hamdan Ahmad TUDM (Pengarah Pengurusan SM MTU); dan Kol Nor Azmi Abd Rahman TUDM (Pengarah Belanjawan MTU).

Kembali

Administrator November 13, 2022
Share this post