Koperasi Tentera (KT) telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2022 yang telah berlangsung di Auditorium, Wisma Pertahanan.
Sumbangan kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera tersebut telah disampaikan oleh YBhg Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (Bersara), Pengerusi KT kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan.
Turut hadir bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM serta kepimpinan tertinggi ATM dan MINDEF.
KT berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menaikkan moral dan semangat kepada anggota-anggota ATM yang mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara pada Hari Raya Aidilfitri.