KOPERASI TENTERA SERAHKAN ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA MAIWP

Koperasi Tentera (KT) telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 bagi tahun kewangan 2021 dan RM200,000 bagi tahun kewangan 2022 di Majlis Zakat Perniagaan Koperasi 2023 bertempat di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur.

Penyerahan zakat perniagaan KT telah diserahkan oleh YBhg Kol Ts. Hamidi bin Achin, Naib Pengerusi KT kepada YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman selaku Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penyerahan cek tersebut juga turut diikuti dengan lafaz akad perniagaan.

Semoga dengan tanggungjawab yang ditunaikan KT ini dapat memberikan manfaat dan turut membantu golongan-golongan yang memerlukan di Malaysia.

Turut hadir, YBrs Tuan Hj Efendee O.P Andu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan; YBrs Inspektor Mohd Hairi Osman, Ketua Balai Polis Daerah Sentul; barisan Anggota Lembaga Koperasi dan Pengurusan KT.

Administrator November 19, 2023
Share this post