Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai yang diketuai oleh Ketua Operasi Sokongan Koperasi Tentera, Lt Kol Ismail bin Ali (B), diiringi oleh Pengurus Unit Keanggotaan, Lt Kol Mohd Sharel Ya Rahim (B).
Kunjungan Hormat yang bertempat di pejabat Ketua Pengarah KAGAT ini bertujuan untuk membina jalinan strategik di samping membincangkan mengenai perancangan kerjasama antara pihak KT dan KAGAT. Perbincangan antara kedua-dua pihak ini memfokuskan kepada program keagaamaan serta inisiatif yang telah dirangka khusus untuk kebajikan para anggota KT dan warga ATM.
Semoga kerjasama yang dirancang ini dapat membantu KT untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggota di samping memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak yang terlibat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan KAGAT, Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam; Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brig Jen Zainal Abidin bin Mohamed Salleh; Ketua Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam KT, Puan Sharifah Sheikhun Syed Abu Bakar; Pengurusan Kanan KAGAT serta kakitangan dari KT.