Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Mesin Dialisis daripada Etiqa General Takaful Berhad kepada Yayasan Veteran ATM bertempat di Wisma Koperasi Tentera.
Cek sumbangan berjumlah RM78,000 tersebut telah disampaikan oleh YBrs En Mohd Rashidin Razali, Eksekutif Naib Presiden Etiqa General Takaful Berhad; diiringi oleh YBrs En Mohd Ghazali Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif KT kepada YBrs Lt Kol Azwadi Jamian (Bersara) selaku Ketua Pegawai Operasi Yayasan Veteran ATM.
Semoga sumbangan ini dapat membantu para pesakit buah pinggang terutamanya veteran-veteran ATM yang telah berkhidmat untuk negara.
Untuk makluman, dua buah mesin berjenama Fresenius akan menggantikan mesin yang telah berusia 18 tahun dan akan ditempatkan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Cawangan Seri Kembangan dan Bukit Sentosa.