MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-57

Koperasi Tentera (KT) telah mengumumkan dividen 7% kepada 156,156 orang anggota melibatkan pembayaran berjumlah RM130.4 juta. Pengumuman itu dibuat oleh YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Tentera ke-57 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis berkenaan ialah YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera; YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Laut; YBhg Lt Jen Datuk Muhammad Hakzuddeain bin Jantan, Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat dan YBrs Puan Rosidah binti Ramli, Pengarah Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Turut hadir, YBhg Brig Jen Roba’i Rahmat, Pengerusi KT; YBrs Encik Mohd Ghazali Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif KT; tetamu-tetamu kehormat serta anggota KT.

Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-57 ini juga, KT telah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada Anggota Terlama, Skim Bantuan Sekolah Berasrama Penuh (SBSBP) kepada anak-anak anggota yang telah ditawarkan kemasukan ke sekolah berasrama penuh serta Skim Bantuan Bakti Perubatan (SBBU) berupa sebuah kerusi roda.

Administrator November 11, 2023
Share this post