PROGRAM BERBUKA PUASA DI STAY ATM

Buat julung kalinya, Koperasi Tentera (KT) telah menganjurkan Program Berbuka Puasa bersama pelajar tahkz dan anak yatim di Sekolah Tahkz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM), Kem Perdana Sungai Besi.

Pada majlis tersebut, YBhg Brig Jen Roba’i Rahmat, Pengerusi KT telah menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM3,000 kepada YBrs Mej Azhan Ali, Pengetua STAY ATM diiringi oleh YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah KAGAT dan YBrs En Mohd Ghazali Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu warga STAY ATM untuk menganjurkan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun.

Usaha ini merupakan salah satu inisiatif KT untuk memastikan kebajikan anggota dan anak-anak anggota sentiasa diutamakan. Turut hadir pada majlis ini ialah Anggota Lembaga Koperasi, barisan pengurusan KT dan STAY ATM serta tim sukarelawan KT.

Administrator November 5, 2023
Share this post