Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan satu majlis penyerahan zakat kepada Tabung Zakat ATM yang berjumlah RM200,000.00 bertempat di Pejabat AKS PA. Majlis penyerahan cek ini telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Roba’i Rahmat, Pengerusi KT diiringi oleh YBrs En Mohd Ghazali Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif KT, kepada YBhg Mej Jen Mohamed Fauzi Kamis, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota dan YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi Bujai, Ketua Pengarah KAGAT.
Setiap tahun KT akan menjalankan tanggungjawab dengan menyerahkan sejumlah sumbangan zakat kepada Tabung Zakat ATM. Sumbangan ini merupakan salah satu tanggungjawab KT dalam menjaga kebajikan anggota dan diharapkan ianya dapat membantu serta memberikan manfaat kepada warga anggota yang memerlukan.