Koperasi Tentera (KT) telah mengadakan majlis penyerahan zakat kepada Tabung Zakat ATM berjumlah RM150,000.00 bertempat di Pejabat Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota. Majlis penyerahan cek ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Tentera, YBhg Mej Jen Roba’i bin Rahmat kepada Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), YBhg Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar merangkap Pengerusi Tabung Zakat ATM.
Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Pengarah KAGAT, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai serta Ketua
Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, YBrs En Mohamad Khairul Anuar bin Mohamed. Penyerahan seumpama ini merupakan acara tahunan bagi Koperasi Tentera dalam menjalankan tanggungjawab sebagai salah satu badan korporat yang sentiasa meletakkan kebajikan anggotanya sebagai keutamaan dalam menguruskan organisasi.
Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada warga ATM yang memerlukan.