Koperasi Tentera (KT) telah membawa pulang gelaran Juara bagi kategori Silver Cooperative Award daripada Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB) pada program Cooperative Business Symposium & Appreciation Day 2024 yang berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs PW II Mohd Shazley bin Said, Setiausaha Kehormat selaku wakil KT untuk menerima anugerah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohammad Assri bin Husin, Ketua Bahagian Kumpulan Agensi Etiqa Family Takaful Berhad. Turut hadir Puan Roselinda Abdul Latiff, Pengurus Kanan Insurans Koperasi Tentera.
Kejayaan KT ini diiktiraf berdasarkan kriteria perniagaan yang merangkumi produk Takaful Perwira I dan Takaful Perwira II yang berjumlah RM509,136.10 bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023. Dalam majlis yang sama juga, Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB) turut mengadakan program taklimat kepada koperasi-koperasi bagi pengisian ilmu khususnya dalam usaha mempromosikan Takaful sebagai pendapatan kedua koperasi. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs En Mohd Fadzli bin Mat Lahim, Timbalan Pengarah Cawangan Wilayah Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).