Koperasi Tentera (KT) telah menerima Anugerah Majikan Terbaik 2024 daripada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ MAIWP) pada Majlis Mesra Majikan di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur.
YBrs Encik Ismasatria Ismail, Pemangku Ketua Pengurusan Saluran telah mewakili KT untuk menerima anugerah ini yang telah disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan kepada usaha dan komitmen KT dalam menguruskan bayaran zakat kakitangan melalui potongan gaji. Semoga dengan tanggungjawab yang ditunaikan KT ini dapat memberikan manfaat dan turut membantu golongan-golongan yang memerlukan di Malaysia.
Turut hadir, Puan Suhanadzatul Nadzreen Ismail, Ketua Sumber Manusia, Lt Kol Mohd Sharel Ya Rahim (Bersara), Pengurus Keanggotaan dan Puan Norlida Ismail, Timbalan Pengurus Sumber Manusia.