KOPERASI TENTERABAGI SUMBANGAN KEPADA PROGRAM CAKNA VETERAN ATM

Koperasi Tentera (KT) telah menyalurkan sumbangan kepada Program Cakna Veteran ATM bernilai RM250,000.00 dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia Berhad di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KT.

Penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Roba.i Rahmat, Pengerusi KT diiringi oleh YBrs En Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KT serta YBrs En Yassir Azlin Abdul Ghafar, Ketua Pegawai Pengedaran Syarikat Takaful Malaysia Berhad kepada YB Dato. Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia, diiringi oleh YBhg Mej Jen Shamsirudin bin Mohd Sharif (Bersara), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Veteran ATM.

Program Cakna Veteran ATM ini merupakan salah satu program yang telah dirancang, merangkumi lawatan kebajikan dan penyampaian sumbangan ke atas Veteran ATM yang mengalami sakit kritikal, kronik serta hidup dalam keadaan daif sekaligus memastikan agenda kebajikan veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban veteran ATM yang telah menabur bakti dalam

memastikan kedaulatan negara terjamin. Koperasi Tentera berharap agar kerjasama yang terjalin ini dapat mengeratkan lagi jalinan strategik bersama Yayasan Veteran ATM bagi memacu kecemerlangan organisasi di masa hadapan.

Kembali

Administrator November 21, 2024
Share this post