YBhg Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan, Pengerusi Koperasi Tentera (KT) merangkap Ketua Staf Tentera Darat serta YBrs En Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera.
Kunjungan hormat ini merupakan inisiatif KT dalam memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia terus terpelihara di samping memperkenalkan barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) baharu yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan KT ke-58 pada Jun lalu.
Dalam pada waktu yang sama, KT turut mengadakan sesi penyerahan wang zakat perniagaan kepada Tabung Zakat ATM berjumlah RM100,000 yang telah disempurnakan oleh YBhg Pengerusi KT kepada YBhg Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota dan disaksikan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman.
Diharapkan sumbangan ini dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan di samping menyumbang kepada kesejahteraan serta peningkatan kualiti hidup warga ATM. Turut hadir pada sesi penyerahan ini, YBhg Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).