Koperasi Tentera (KT) telah meraih keuntungan sebanyak RM1.85 juta pada Majlis Pengumuman Kadar Keuntungan Akaun Deposit Koperasi (ADK-KWRS) bagi tahun 2024 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
YBhg Encik Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif telah menerima replika cek beserta sijil penghargaan daripada YBhg Lt Jen Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (Bersara), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diiringi oleh Puan Siti Azlin binti Ahmad Dauta, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) dan YBhg Datuk Baharom bin Embi, Pengerusi Co-opbank Pertama.
Co-opbank Pertama turut menyampaikan replika cek kepada 20 buah koperasi yang menerima dividen tertinggi ADK-KWRS bagi tahun 2024.