KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI KT KEPADA PENGERUSI SKM

YBhg Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan, Pengerusi Koperasi Tentera (KT) merangkap Ketua Staf Tentera Darat serta YBrs En Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (Bersara), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Kunjungan hormat ini merupakan inisiatif KT untuk mempereratkan ukhuwah di samping menerangkan mengenai hala tuju organisasi, prestasi semasa, cabaran serta strategi masa hadapan ke arah pembangunan koperasi yang lebih mampan.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif KT serta barisan pengurusan turut mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga kerjasama yang sedia terjalin ini dapat mengeratkan lagi jalinan strategik KT dan SKM bagi memacu kecemerlangan organisasi di masa hadapan.

Administrator January 9, 2025
Share this post