PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA YAYASAN VETERAN ATM

Koperasi Tentera (KT) telah menyampaikan cek sumbangan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023 berjumlah RM121,600.00 kepada Yayasan Veteran ATM pada Majlis Hi Tea Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. 

Replika cek sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Zaidan bin Atan, Ketua Staf Tentera Darat merangkap Pengerusi KT diiringi oleh YBrs En Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KT, kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan serta disaksikan oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan dan YBhg Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM. 

Semoga sumbangan ini mampu memberikan sedikit sebanyak bantuan dan sokongan kepada para veteran ATM yang memerlukan.

Administrator January 20, 2025
Share this post