YBhg Mej Jen Roba’i Rahmat, Pengerusi Koperasi Tentera dan YBrs En Mohamad Khairul Anuar Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan selaku Penaung Koperasi Tentera. Sesi taklimat ini diadakan bagi menyalurkan maklumat mengenai pengoperasian KT kepada tampuk kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan.
Semasa sesi tersebut, KT juga turut membuat penyerahan sumbangan zakat bernilai RM172,000 kepada ATM dalam usaha untuk membantu kebajikan anggota tentera. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat mengeratkan lagi jalinan strategik Koperasi Tentera bersama Kementerian Pertahanan bagi memacu kecemerlangan organisasi di masa hadapan.