Memperkasa Ahli Dengan
Servis Penuh Integriti
Selamat Datang ke Koperasi Tentera, koperasi terbaik yang mewarisi legasi perkhidmatan dan penciptaan nilai yang membanggakan.
Bermula sebagai sebuah koperasi jimat cermat dan pinjam-meminjam, (thrift and loan), Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi Tentera (KT) ditubuhkan pada 12 November 1960.
KT kemudiannya mengorak langkah menjadi sebuah koperasi serba guna (multipurpose) pada tahun 1975 dan terus berkembang dinamik hingga ke hari ini. Sehingga kini, KT telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 156, 000 anggotanya, yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan kakitangan awam di bawah Kementerian Pertahanan. Komited dengan berpaksikan azam untuk membina organisasi yang kukuh, stabil dan terjamin, KT sentiasa mara ke hadapan untuk menjadi peneraju di arena koperasi dan menjanjikan masa hadapan yang lebih baik untuk anggotanya.

Hala tuju
kami:
Visi, Misi & Objektif.
Visi
Menjadi koperasi yang terunggul daripada perspektif keterampilan identiti, keluhuran integriti dan ketinggian tahap kompetensi.

Misi
Menjana peningkatan taraf sosioekonomi dan kebajikan anggota dengan memberikan perkhidmatan dan pulangan yang berkualiti dan kompetitif secara konsisten.
Mencapai tahap profesionalisme dan kredibiliti yang tinggi serta terkehadapan dalam pergerakan koperasi.
Objektif
-
Menggalakkan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan kemudahan menabung yang selamat dengan pulangan yang menarik.
-
Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan anggota dengan perkhidmatan efisien dan selesa setaraf dengan institusi ternama.
-
Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota.
Misi
Menjana peningkatan taraf sosioekonomi dan kebajikan anggota dengan memberikan perkhidmatan dan pulangan yang berkualiti dan kompetitif secara konsisten.
Mencapai tahap profesionalisme dan kredibiliti yang tinggi serta terkehadapan dalam pergerakan koperasi.
Objektif
- Menggalakkan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan kemudahan menabung yang selamat dengan pulangan yang menarik.
- Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan anggota dengan perkhidmatan efisien dan selesa setaraf dengan institusi ternama.
- Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota.