PERHUBUNGAN PELABUR
Hal Ehwal Pelabur
Aktiviti pelaburan merupakan sebahagian daripada strategi penjanaan pendapatan KT,
yang menyokong kelestarian kewanganya serta menyumbang kepada pemeliharaan
dan pertumbuhan modal jangka panjang. Setiap pelaburan didahului oleh proses ketekunan wajar (due diligence),
di mana risiko yang berkaitan dan pulangan dijangka dinilai sebelum sebarang komitmen kewangan dibuat.
Komposisi Portfolio KT setakat 31 Disember 2024 berjumlah RM438 juta,
yang telah dipelbagaikan merentasi pelbagai instrumen kewangan dan sektor industri .
Aktiviti Pelaburan KT
Statistik
Aktiviti pelaburan mengikut tahun
Cooperatives and Unlisted
Companies
10.0 %
Sektor Logistik & Perkhidmatan:
20.0 %
Produk Sukuk
20.0 %
Deposit Berstruktur
40.0 %
Pelaburan Hartanah
40.0 %
Sektor Koperasi
30.0 %
Sektor Takaful
20.0 %
Sektor Telekomunikasi
10.0 %
AKTIVITI PELABURAN
Pelaburan Dalam Saham
Harga Tersiar Dan
Saham Tidak Tersiar
Pelaburan KT dalam saham harga tersiar merujuk kepada saham yang tersenarai di Bursa Malaysia menerusi pengerusi dana terpilih. Ini meliputi pelbagai sektor seperti pengguna, perkhidmatan, telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan pelbagai industri.
KT juga membuat pelaburan dalam saham harga tidak tersiar yang berkaitan dengan sektor telekomunikasi dan takaful.
AKTIVITI PELABURAN
Lain-Lain Pelaburan
Bagi meluaskan lagi portfolio pelaburannya, KT turut melabur dalam pelaburan saham koperasi-koperasi dan lain-lain saham syarikat yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan
Lanjutan tentang Aktiviti Pelaburan KT
Sektor Takaful
Syarikat Great Eastern Takaful Berhad (GETB) ialah syarikat usaha sama KT dan i-Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), sebuah syarikat subsidiari Great Eastern Holdings Limited.
Sektor Perkhidmatan Logistik dan Gudang
Perkhidmatan agensi logistik dan pergudangan adalah salah satu portfolio pelaburan KT yang pelbagai, menawarkan rangkaian perkhidmatan luas termasuk pergudangan, pengangkutan darat, udara, dan laut. Harperwira Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan agensi yang boleh dipercayai meliputi agensi kapal, pengurusan pelabuhan (husbanding), pelepasan kastam, perkhidmatan pergudangan, dan pengangkutan.
Sektor Perkhidmatan Rumah Dapur ATM
Syarikat Desatera Sdn Bhd yang terlibat dalam "Penswastaan Rumah Masak Tentera" dan projek ini merupakan usaha sama antara Dewina Holdings dan KT.
Pelaburan Deposit Berstruktur
Bagi meluaskan lagi cabang pelaburan, KT telah membuat pelaburan dalam produk Deposit Berstruktur yang diterbitkan menerusi bank-bank tempatan terpilih pada hujung tahun 2019.
Pelaburan Sektor Telekomunikasi
Pada 2021, KT telah meluaskan cabang pelaburan dalam sektor telekomunikasi.
Pelaburan Hartanah
KT turut membuat pelaburan hartanah melalui pemilikan bangunan dan lot kedai untuk kegunaan operasi KT.