Pembiayaan SME
SME KT
Realisasikan Perniagaan Anda
SME KT adalah produk pembiayaan untuk usahawan SME yang ditawarkan oleh KT, di mana objektifnya adalah untuk membantu merealisasikan perniagaan anda.
Produk SME KT
Pembiayaan Berjangka-i (PB-i)
PB-i memberikan solusi pembiayaan yang patuh-syariah untuk memenuhi keperluan usahawan-usahawan SME semasa. Dengan margin pembiayaan sehingga 100% nilai kos projek dan pembiayaan maksimum sehingga RM10 juta, ia memberikan sokongan yang cukup besar untuk para peniaga. Tambahan lagi, tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun (240 bulan) memberikan ruang pembayaran yang lebih fleksibel. Dengan kadar keuntungan yang kompetitif, PB-i adalah pilihan yang tepat untuk usahawan mendapatkan sokongan kewangan untuk merealisasikan impian perniagaan mereka dengan efektif.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Kontrak atau produk lain yang ditawarkan oleh Koperasi Tentera, layari www.raees.com.my

- Margin pembiayaan sehingga 100% nilai kos projek.
- Pembiayaan maksimum sehingga RM10 juta.
- Tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun (240 bulan).
- Kadar keuntungan yang kompetitif.
- Usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).
- Syarikat Enterprise (Milikan Tunggal & Perkongsian).
- Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
- Koperasi yang berdaftar dengan SKM.
- Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan ke atas.
- Borang Permohonan.
- Salinan Kad Pengenalan Pengarah dan Pemegang Saham/Pemilik/Perkongsian.
- Salinan akaun untuk 3 tahun yang terkini.
- Penyata akaun semasa untuk 6 bulan terkini.
Caj Pemprosesan | 0.5% hingga 1.0% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. |
Support Letter / Contract Award (CA) Form |
|
Laporan Penilaian (Valuation Report) | Berdasarkan kos jurunilai dan tambahan RM200 bagi setiap laporan. |
Bayaran Terdahulu untuk Cukai (Cukai Tanah dan Cukai Taksiran) | RM50 bagi setiap bayaran yang didahulukan oleh KT bagi pihak pelanggan. Caj ini akan dimasukkan ke dalam baki pembiayaan pelanggan. |
Caj Pentadbiran Pengurusan Perlindungan Takaful | RM100 bagi pentadbiran dan pengurusan perlindungan Takaful yang berkaitan dengan hartanah yang dicagarkan. |
Penggunaan Cek Bertarikh Hadapan (Post-Dated Cheque) | RM20 bagi setiap cek. |
Pemindahan Wang Dalam Mata Wang Asing | RM100 bagi setiap transaksi. |
Penyata Akaun (Statement of Account) |
|
Penyata Sebut Harga Penyelesaian Awal (Early Settlement Quote) | RM100 bagi setiap permintaan. |
Surat Pengesahan, Surat Kebenaran (Consent Letter) atau Pengesahan Audit | RM150 bagi setiap permintaan. |
Salinan Dokumen Sekuriti (dengan atau tanpa Salinan Yang Diakui Sah/CTC) | RM50 bagi setiap permintaan. |
Nota: Semua fi dan caj yang dinyatakan adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 8%, jika berkenaan, yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.
Kadar yang ditentukan adalah tertakluk kepada semakan kredit pelanggan dan kelulusan KT.
Klik di sini untuk memuat turun borang-borang berkaitan.