Kerjaya
Peluang Kerjaya Dengan Koperasi Tentera
KT telah diiktiraf sebagai Koperasi Premier di Malaysia dalam senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia oleh SKM. Sebagai sebuah organisasi yang merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial untuk anggotanya, KT turut mempromosi kestabilan kewangan serta menjaga kebajikan anggotanya. Diyakini sebagai jenama koperasi berdekad lamanya, KT terus berusaha menarik dan membentuk bakat baharu bagi memperkasa piawaian perkhidmatannya kepada tahap yang lebih tinggi. Yang penting, bakat baharu ini mestilah memiliki motivasi yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk belajar serta berkembang maju, memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

Pengambilan Berpengalaman
Jika anda seorang yang berpengalaman dan mencari peluang kerjaya yang boleh membina dan meningkatkan lagi karier anda, Sertailah KT dan kembangkan kerjaya anda bersama kami.

Program Latihan Graduan
Program Latihan Graduan KT merupakan program berstruktur selama 12 bulan yang menawarkan graduan peluang untuk membina kerjaya mereka menerusi kombinasi pembelajaran berstruktur yang berterusan, penempatan di bahagian terpilih (latihan di tempat kerja) dan bimbingan oleh pengurus berpengalaman.

Program Latihan Industri
Anda seorang yang bersemangat tinggi dan boleh bekerja dalam persekitaran yang kompetitif? Jika anda mempunyai kriteria di atas dan ingin membantu meningkatkan ekonomi dan membawa perubahan kepada komuniti terdekat, sertai KT. KT mengalu-alukan anda dalam membina masa hadapan cemerlang bersama.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kerjaya di KT, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia.