Kebajikan
Tabung Pendidikan
Tabung Pendidikan Koperasi Tentera (KT) menyediakan insentif dan bantuan kewangan khusus dalam Pendidikan anak-anak anggota.
*Tertakluk kepada terma & Syarat
Tabung Sumbangan Am
Tabung Sumbangan Am Koperasi Tentera (KT) menawarkan bantuan perubatan dan bantuan am berbentuk bantuan kewangan atau peralatan sokongan. Bantuan perubatan ini diberikan kepada ahli KT mengikut penilaian kes tertakluk kepada terma dan syarat. Sumbangan bantuan am berbentuk kewangan atau barangan diberi untuk aktiviti yang dijalankan oleh pasukan/kelab/ organisasi/persatuan.
Tabung Khairat Kematian
Tabung Khairat Kematian Koperasi Tentera (KT) menawarkan khairat kematian sejumlah RM2,000 bagi urusan pengebumian kepada waris anggota yang meninggal dunia.