KEKAYAAN
eMas KT
Pelaburan Digital Patuh Shariah.
eMAS merupakan produk pelaburan emas patuh syariah KT yang ditawarkan kepada anggotanya melalui platform dagangan digital. eMAS disokong oleh emas fizikal dengan ketulenan 999.9 dan berfungsi sebagai simpanan emas yang memberikan pulangan melalui peningkatan harga emas daripada harga belian asal. eMAS juga boleh digunakan sebagai perlindungan terhadap inflasi dan sebagai agihan pelaburan dalam portfolio anggotanya.
- Transaksi belian, jualan dan tukaran ke emas fizikal melalui platform dagangan digital patuh syariah.
- Belian dan jualan disokong dengan emas fizikal mutu 999.99 yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).
- Anggota mendapat keuntungan pelaburan melalui kenaikan harga emas pegangan.
- Pelaburan emas melalui platform digital patuh syariah dengan ciri selamat dan terjamin dengan perlindungan takaful.
- Dominasi penebusan emas disediakan dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan tukaran ke emas fizikal. Setiap emas fizikal mempunyai logo IGRTM.
- Produk pelaburan emas digital patuh syariah dengan ciri selamat dan terjamin dengan perlindungan takaful. Disimpan di bilik kebal keselamatan yang diiktiraf.
- Akses pembukaan akaun yang mudah secara dalam talian melalui aplikasi KT Dalam Talian
- Platform eMAS KT untuk belian, jualan dan tukaran ke emas fizikal beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, bermula dari 8.30 pagi hingga 11.59 malam.
- Belian emas minimum serendah RM10.
- Tukaran emas fizikal boleh dilakukan pada bila-bila masa secara dalam talian.
- Penghantaran adalah melalui kurier yang dilantik sahaja.
- Terbuka kepada anggota Koperasi Tentera yang telah berdaftar dan memiliki akaun KT Online yang masih aktif.
- Had minimum umur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai kapasiti undang-undang untuk membuka akaun di atas nama sendiri.
- Tidak diisytiharkan muflis.
- Akaun Bersama atau Akaun bagi pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.
Bai’ al-Sarf
Merupakan jual beli mata wang dalam bentuk yang sama atau berbeza, sama ada secara serta-merta seperti emas kepada emas, atau emas kepada perak. Di bawah kontrak ini, pelanggan akan membeli emas daripada KT (dalam gram) pada harga belian (dalam Ringgit Malaysia) yang ditetapkan.
Wakalah
Merujuk kepada kontrak di mana pelanggan melantik dan memberi kuasa kepada KT untuk bertindak sebagai ejennya (wakil) dalam melaksanakan transaksi belian dan jualan emas dengan pihak penyedia platform pelaburan.