TADBIR URUS KORPORAT
Tadbir urus korporat dan kawalan dalaman yang baik sentiasa menjadi aspek utama yang didukung dan diperakui oleh KT
TADBIR URUS KORPORAT
Tadbir urus korporat dan kawalan dalaman yang baik sentiasa menjadi aspek utama yang didukung dan diperakui oleh KT
Mendukung Amalan
Bertanggujawab
Profesionalisme dan integriti menjadi piawaian tertinggi dalam amalan tadbir urus korporat KT. Demi mengukuhkan kepentingan tadbir urus korporat, Anggota Lembaga komited dan berpegang teguh, serta bersungguh bersama memastikan tadbir urus korporat yang baik diamalkan dan dipatuhi oleh seluruh Kumpulan mengikut rangka kerja. Ini adalah selaras dengan prinsip dan cadangan yang dinyatakan dalam GP27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, serta garis panduan Bank Negara Malaysia serta keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia. Segala usaha ini adalah untuk melindungi dan meningkatkan nilai kepentingan serta prestasi KT dan anak syarikatnya (Kumpulan).
Kod Tadbir
Urus
Koperasi
On April 8, 2015, the Malaysian Co-Operative Societies Commission, under the Ministry of Domestic Trade, Co-Operative and Consumerism (KPDNKK), released GP27: Co-operative Governance Guidelines. These guidelines provide the foundation for KT's governance principles, outlining general principles, minimum standards, and specific governance requirements for co-operatives. GP27 encapsulates the best governance practices in the industry, aiming to help coop boards and management fulfill their roles more effectively. The guidelines assist all co-ops in examining and elevating their governance standards.
Tadbir urus baik dalam KT
Pada Mei 2016, Suruhanjaya Koperasi Malaysia secara rasmi telah memberi kelulusan peringkat pertama kepada KT untuk menjadi Bank Koperasi. Sebagai usaha untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan langkah kawalan dalaman serta memastikan kedua-duanya selari dengan mandat terbaharu ini, KT telah mewujudkan Bahagian Pengurusan Risiko dan Pematuhan (BPRP) pada awal tahun 2016, serta telah melantik individu yang berkebolehan dan berpengalaman daripada sektor perbankan untuk menerajui bahagian tersebut.
BPRP kini terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Pengurusan Risiko, Unit Pengurusan Kesinambungan Perniagaan dan Unit Pematuhan. Secara kolektif, unit-unit ini terus memainkan peranan dalam memformulasikan secara strategik dan melaksanakan dasar dan inisiatif yang relevan yang bertujuan untuk mewujudkan rangka pengurusan risiko dan kawalan dalaman KT yang mantap serta struktur untuk memastikan langkah kesinambungan perniagaan dan pematuhan perniagaan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Sebahagian daripada usaha KT dalam mengukuhkan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi adalah dengan mendokumentasi dan melaksanakan tatacara pengendalian piawai untuk keahlian, insurans, pembiayaan, pematuhan dan modul IT Sistem Perbankan Utama KT. KT turut mengadakan dasar-dasar baharu untuk mentransformasi Kumpulan kepada bank koperasi berdasarkan garis panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Struktur pelaporan kewangan semasa KT adalah mematuhi dan berdasarkan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia. Ini menjadi landasan KT untuk terus meningkatkan pematuhan terhadap piawaian kerajaan serta mengukuhkan integriti organisasi.
Memandang ke hadapan, tim pengurusan KT akan terus memantau gaya tadbir urus korporat terkini, serta perubahan dalam keperluan pengawalseliaan dan pelaporan. KT akan sentiasa menilai bahagian yang memerlukan perhatian dengan fokus utama kepada faktor kebebasan, akauntabiliti, ketelusan dan pengurusan risiko yang penting untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan semua pihak berkepentingan kami.
Pemformalan Piawaian Etika menerusi Kod Etika dan Tingkah Laku KT
CoEC KT mewajibkan semua pegawai dan pekerja agar mematuhi piawaian etika perniagaan yang tinggi dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab. Sebagai majikan dan wakil KT, atau mana-mana anak syarikat, mereka mesti mengamalkan sikap beramanah dan berintegriti dalam memenuhi tuntutan tugas dan tanggungjawab, serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai. Adalah menjadi tanggungjawab semua pegawai dan pekerja KT untuk mematuhi CoEC dan melaporkan sebarang pelanggaran atau sesuatu yang disyaki melanggar peraturan tersebut.
Koperasi Tentera (KT) telah mewujudkan satu kod etika yang menggariskan standard tingkah laku yang wajib dipatuhi dalam menguruskan perniagaan di seluruh entiti. Semua pihak yang berkepentingan perlu mematuhi piawaian ini dalam menjalankan tugas mereka.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KT untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan kawalan dalaman, KT telah mewujudkan Polisi Penyampaian Maklumat (Whistleblowing Policy) yang baharu. Polisi ini menyediakan saluran kepada kakitangan dan pihak berkepentingan di KT bagi menyalurkan laporan berkaitan penyelewengan di tempat kerja dan tingkah laku yang tidak beretika secara yang sulit. Selain itu, polisi ini juga menyediakan panduan kepada KT dalam menyiasat dakwaan salah laku dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya selari dengan polisi dan prosedur dalaman KT serta mana-mana peraturan yang berkaitan.
Siapa yang boleh membuat laporan?
Semua kakitangan dan pihak berkepentingan boleh membuat laporan perilaku yang tidak wajar dan tidak terhad kepada salah laku di bawah:
- Penipuan;
- Rasuah;
- Penyalahgunaan Kuasa;
- Konflik Kepentingan;
- Kecurian atau penggelapan;
- Penyalahgunaan harta syarikat;
- Tidak mematuhi prosedur
Langkah – Langkah untuk Memberi Maklumat Tentang Salah Laku
Langkah-langkah untuk memberi maklumat dan melapor salah laku adalah seperti berikut:
- E-mel kepada mana-mana pegawai yang dilantik; atau
- E-mel kepada laman web melalui alamat e-mel yang dilindungi- whistleblowing@katmb.com.mywhistleblowing@katmb.com.my
- Kemudahan e-mel ini dijamin, dan ianya hanya boleh diakses oleh Ketua Bahagian Audit Dalaman.
Sila rujuk Buku Panduan Polisi Penyampaian Maklumat Perilaku Tidak Wajar KT untuk maklumat berkaitan polisi ini.
Koperasi Tentera berhak mengubah polisi ini dari masa ke semasa.
Please click Sila klik di sini untuk membuat laporan perilaku tidak wajar. to report inappropriate conduct.
Sebagai memastikan tiada percanggahan kepentingan di kalangan pihak pengurusan KT, Anggota Lembaga dan pegawai kanan diwajibkan untuk mengisytiharkan saham syarikat masing-masing dalam KT dan syarikat yang berkaitan serta kepentingan mereka dalam kontrak atau kontrak cadangan dengan KT atau mana-mana syarikat yang berkaitan. Anggota Lembaga berkenaan yang berkepentingan hendaklah menahan diri daripada membuat pertimbangan dan mengundi dalam hal berkaitan dengan transaksi sedemikian.
Rangka kerja pematuhan dalaman diwujudkan untuk memastikan Kumpulan memenuhi tanggungjawabnya, termasuk tanggungjawab berkaitan transaksi pihak berkaitan. Lembaga Pengarah, melalui Jawatankuasa Audit dan Risiko, menyemak semua transaksi pihak berkaitan yang terlibat. Seorang Pengarah yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu transaksi mesti berkecuali daripada mengambil bahagian dalam perbincangan dan pengundian mengenai resolusi yang berkaitan dengan transaksi tersebut, sama ada di peringkat Lembaga Pengarah mahupun di mesyuarat agung yang diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.