Ar-Rahnu
Koperasi Tentera
Koperasi Tentera telah menceburi gadaian Islam melalui Ar-Rahnu Koperasi Tentera (Ar-RahnuKT) pada tahun 2012.
Perkhidmatan pajak gadai kewangan patuh Syariah ini terbuka kepada semua anggota Koperasi Tentera dan orang awam yang sedang mencari pilihan untuk pembiayaan wang segera di samping mengelakkan riba dalam gadaian.

Ar-Rahnu Prihatin
Menawarkan pembiayaan tunai segera sehingga RM5,000 dengan kadar keuntungan serendah RM0.55.

Ar-Rahnu Prima
Menawarkan pembiayaan tunai segera dengan had maksimum terkumpul sehingga RM300, 000.
Tawarruq
Tawarruq merujuk kepada transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) atau Musawamah (iaitu jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.
Al-Wadiah Yad Dhomanah (Deposit with Guarantee)
Perjanjian antara Ar-RahnuKT dengan pelanggan untuk meletakkan suatu sandaran sebagai jaminan.
Kadar Keuntungan
KT mengenakan kadar keuntungan ke atas penggadai berdasarkan nilai sebenar marhun emas yang digadai.
Rahn
- Rahn merujuk kepada kontrak cagaran atau gadaian.
- Rahn menjadikan sesuatu aset sebagai jaminan kepada pembiayaan agar pembiayaan tersebut boleh dilunaskan dengan nilai aset jaminan tersebut sekiranya penerima biaya atau penggadai tidak mampu melunaskan hutangnya.
Ibra’
Ibra’ merujuk kepada rebat yang diberikan oleh KT kepada penggadai yang melunaskan pembiayaan lebih awal berasaskan kepada kontrak pembiayaan Ar Rahnu.
Wakalah
Wakalah merupakan sebuah kontrak yang melibatkan satu pihak (prinsipal/Muwakkil) mewakilkan satu pihak yang lain (wakil) bagi melaksanakan tugasan tertentu yang patuh syariah, sama ada secara sukarela atau dengan bayaran kadar keuntungan.
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
- Had umur ialah 18 tahun dan ke atas.
- Waras.
- Tidak diisytiharkan muflis.
- Menawarkan pembiayaan bebas riba.
- Menawarkan pembiayaan sehingga 70% daripada nilai emas yang digadai dan kadar keuntungan serendah RM0.55.
- Pembayaran boleh dilakukan secara ansuran atau sekali gus.
- Barang gadaian dilindungi takaful.
Penarafan Nilai Karat |
Ketulenan Emas |
||||||||||||
|
|
Ciri-ciri |
Ar-Rahnu Prihatin |
Ar-Rahnu Prima |
|||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
Sila klik di sini untuk melihat