Tabung Sumbangan Am
Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU)
Maklumat Skim
- Skim ini diberikan dalam bentuk sumbangan kewangan atau peralatan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidapi sebarang penyakit di dalam usaha untuk meringankan bebanan yang ditanggung.
- Tawaran permohonan dijangka dibuka pada bulan Februari setiap tahun.
Syarat-syarat Permohonan
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
-
Telah menjadi anggota KT selama 3 tahun dan ke atas.
-
Status keanggotaan KT aktif dan tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- KEUTAMAAN diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (Isteri, suami, anak, ibu atau bapa sahaja) yang menghidapi penyakit berlarutan.
- KEUTAMAAN kepada anggota yang pertama kali memohon.
-
Hanya seorang pesakit sahaja yang layak dimohon dalam satu keluarga.
Skim Derma Am
Maklumat Skim
- Sumbangan diberikan dalam bentuk bantuan kewangan atau barangan bagi aktiviti-aktiviti soial yang dianjurkan oleh pasukan seperti Sukan, Sambutan Perayaan, Majlis amal /Keagamaan, Hari Ulang Tahun, Kebajikan, Bencana Alam dan Latihan/Kursus/ Seminar.
- Tawaran permohonan dijangka dibuka sepanjang tahun (Januari-Disember).
Syarat-syarat Permohonan
- KEUTAMAAN sumbangan diberikan kepada Anggota KT, Pasukan/Unit dibawah ATM dan Organisasi dibawah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) sahaja.
- Sumbangan kepada organisasi atau individu dari Luar KEMENTAH tertakluk kepada kelulusan KPE atau Ahli Lembaga.
- Permohonan dijangka dibuat melalui surat permohonan.