Tabung Pendidikan
Skim Insentif Kecemerlangan (SIK)
Maklumat Skim
- Skim ini diberikan dalam bentuk bantuan kewangan dan dikhaskan kepada anak-anak anggota KT yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.
- Tawaran permohonan dijangka dibuka pada bulan April setiap tahun.
Syarat-syarat Permohonan
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
-
Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Status keanggotaan KT masih aktif dan tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT) hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Keputusan cemerlang minima (7A) peperiksaan SPM atau yang setaraf.
Skim Dermasiswa (DERMS)
Maklumat Skim
- Skim ini diberikan dalam bentuk bantuan kewangan dan dikhaskan kepada anak-anak anggota KT berdasarkan keputusan akhir tahun untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.
- Tawaran permohonan dijangka dibuka pada bulan Januari setiap tahun.
Syarat-syarat Permohonan
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
-
Status keanggotaan KT masih aktif dan tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan.
-
Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Gaji pokok/pencen RM5,000 dan ke bawah.
- Anak anggota yang belajar di sekolah menengah KERAJAAN sahaja.
- Memperolehi markah 60% dan keatas bagi tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).
Sumbangan Bantuan Sekolah Berasrama Penuh (SBSBP)
Maklumat Skim
- Skim ini diberikan dalam bentuk bantuan kewangan dan dikhaskan kepada anak-anak anggota KT yang belajar di sekolah berasrama penuh untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.
-
Tawaran permohonan dijangka dibuka pada Januari setiap tahun.
Syarat-syarat Permohonan
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
-
Status keanggotaan KT aktif dan tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
-
HANYA layak untuk sekali permohonan SBSBP sahaja bagi kemasukan sekolah berasrama penuh dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.
Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT)
Maklumat Skim
- Skim ini diberikan dalam bentuk bantuan kewangan dan dikhaskan kepada anak-anak anggota KT yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
- Tawaran permohonan dijangka dibuka pada Julai setiap tahun.
Syarat-syarat Permohonan
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Status keanggotaan KT aktif dan tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT) hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf.
- MINIMUM Kepujian/Kompeten bagi 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu.
- Hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.
Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS)
Maklumat Skim
- Skim ini diberikan dalam bentuk kewangan dan dikhaskan kepada anggota KT bagi menampung perbelanjaan untuk sesi baharu persekolahan.
-
Tawaran permohonan dijangka dibuka pada Ogos setiap tahun.
Syarat-syarat Permohonan
-
Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
-
Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
-
Status keanggotaan KT masih aktif dan tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan.
-
Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
-
Gaji pokok/pencen RM5,000 dan ke bawah.
- Minima 3 orang anak yang menuntut di sekolah rendah dan menengah sahaja.